The Truth About Mental Disease
Dosa Dosa Batin
original link: http://mindaikhwan.blogspot.com/2009/06/dosa-dosa-batin.html
(I’m too lazy to translate this into English, so for those who are interested to read the translation email me and i’ll try to work something out. very good article)
________________________________________________________________
Suatu masa dulu ada seorang lelaki yang pernah melakukan dosa besar. Dia merasa berdosa, menyesali dan menangisi dosanya itu setiap hari selama 20 tahun sehingga matanya rabun dan dadanya terasa pedih kerana terlalu banyak menangis.Bertaubat seperti ini merupakan satu ibadah yang baik. Takutnya kepada Tuhan itu akan menjadi syafaat bagi dia di dunia dan di akhirat. Ini lebih besar dari solat dan puasa sunat. Sebab tujuan taubatnya tercapai iaitu mendapat rasa hamba. Ini satu anugerah dan Tuhan, sebab bukan mudah untuk mengingati apalagi menyesali dosa-dosa yang pernah kita buat berpuluh tahun yang lalu.Pada suatu hari Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah bertanya kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, “Apakah ada umatmu yang nanti dapat masuk Syurga tanpa hisab?”Jawab baginda, ” Ada, iaitu orang yang mengenang dosanya lulu dia menangis.”Ada juga hamba Allah yang terlalu tajam rasa bertuhannya sehingga setiap kali selesai membuat kebaikan menurut ukuran manusia biasa, dia segera bertaubat kerana dia merasa kebaikan yang dia buat itu tidak sempurna. Dia merasa kebaikan yang dia buat itu tidak ikhlas kerana Allah, terselit kepentingan- kepentingan lain atau dia merasa tidak beradab kepada Tuhan yang sentiasa mengawasinya dalam membuat kebaikan itu. Dia terasa yang dia buat itu bukan suatu kebaikan tetapi suatu kederhakaan kepada Tuhan walaupun secara lahirnya ia suatu kebaikan. Hamba seperti ini sentiasa merasakan dirinya berdosa dan ibadah-ibadahnya tidak sempurna. Tanpa anugerah dari Allah, sangat sukar bagi manusia untuk memiliki sifat kehambaan yang halus seperti ini. Sangat sukar untuk mengesannya, ia memerlukan pandangan mata batin, tidak cukup dengan mata lahir dan akal sajaKadang-kadang suatu amalan nampak baik oleh mata dan akal tetapi kalau diperhalusi dengan hati yang tajam ternyata suatu kejahatan. Contohnya, mengerjakan solat. Mata lahir mengatakan baik, akal pun berkata demikian juga. Tapi kalau kita tanya hati, susah untuk memberi jawapan baik atau tidak baik.Kalau lepas mengerjakan solat, hati kita rasa senang, rasa selamat dengan solat itu, maka rosaklah ibadah kita itu. Selepas solat dipuji orang, hati pun rasa bangga dan berbunga, habislah semuanya. Itulah yang dimaksudkan ibadah itu menjadi hijab dan dosa. Mana boleh selepas solat kita rasa senang dan tenang. Patutnya kita rasa takut dan cemas sebab solat kita tidak sempurna, ada lalai dan cacat di sepanjang solat. Hati sepatutnya bertanya-tanya, solat aku ini Tuhan terima atau tidak? Tuhan redha atau tidak? Tuhan tidak pandang mata dan akal, tetapi Tuhan pandang hati manusia walaupun ibadah lahir mesti dibuat. Firman Allah Taala:Terjemahannya: “Hari Qiamat iaitu hari (ketika manusia meninggalkan dunia ini) di mana harta dan anak tidak berguna lagi kecuali mereka yang menghadap Allah membawa hati yang selamat.” (Asy Syuara`: 88 – 89)Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Allah tidak memandang rupa dan harta kamu tetapi Dia memandang hati dan amalan kamu.” (Riwayat Muslim)Sebenarnya ketika menghadap Tuhan kita sedang menghadap Raja dari segala raja. Sebab itu bagi orang yang betul-betul faham, ketika dia hendak solat dia bimbang dan gelisah takut tidak beradab di hadapan Raja segala raja. Macam raja besar dunia hendak memanggil kita rakyat biasa ke istana, tentu kita ada rasa takut dan cemas, bertanya sana sini tentang tatacara dan sopan-santun menghadap raja. Apa pantang larangnya. Waktu pergi, sebelum menghadap sudah susah hati dan bimbang, waktu sedang menghadap pun susah hati dan bimbang. Selepas menghadap pun susah hati dan bimbang, takut kita sudah tidak beradab dan kurang ajar di hadapan raja. Begitulah rasa hati rakyat jelata yang dipanggil menghadap ke istana raja besar.Tuhan adalah Raja dari segala raja. Patutnya kita lebih merasakan susah hati dan bimbang ketika menghadap-Nya dibanding dengan menghadap raja besar manusia tadi. Apakah hati kita merasakan ini? Kalau tidak rasa begitu, benarkah kita telah beribadah kepada Tuhan dan menyembah-Nya? Kalau hatinya betul-betul ikut solat atau dengan kata lain dia sangat menghayati solatnya, maka hatinya akan takut, bimbang dan cemas.Bagi orang yang kenal dan faham Tuhan, maka sebelum mengerjakan solat hatinya sudah gelisah. Orang lain tidak nampak hatinya yang gelisah. Setelah solat dia merasa betapa telah tidak beradabnya dia ketika berhadapan dengan Tuhan yang Maha Besar itu. Sebab itu selepas solat sebelum berdoa mengajukan berbagai permintaan kepada Allah, dia bertaubat dahulu, beristighfar dahulu di atas dosa solatnya yang tidak sempurna. Atau setidak-tidaknya dia rasa bimbang dan cemas. Barulah setelah itu dia berterima kasih kepada Allah yang telah memberinya kekuatan untuk menyembah-Nya dan dengan penuh harap dia berdoa kepada Allah.Itulah yang dimaksudkan kadang-kadang kita tidak sedar kebaikan yang kita buat berubah menjadi kejahatan. Solat kita yang lalai dan tidak sempurna itu telah membuat kita rasa senang dan selamat, padahal dia membuat kita terhijab dari rahmat Tuhan. Dosa-dosa batin ini sangat halus, susah dikesan dan dirasa. Orang yang secara lahirnya membuat kebaikan tetapi terhijab dari rahmat Tuhan, susah untuk dia bertaubat. Kalau kesalahan yang lahir misalnya minum arak dan berjudi, mudah manusia mengesannya sehingga mereka dapat segera bertaubat. Tetapi kesalahan dan dosa batin sangat susah dikesan apalagi untuk bertaubat.Cuba kita tanya orang yang solat. Bagaimana solat saudara tadi? Kalau dia kata, “Alhamdulillah ” dengan senang hati dan rasa selamat dengan ibadahnya, tanpa ada rasa berdosa, sebenarnya dia sedang membuat satu dosa batin. Orang dulu walau takut dengan dosa lahir, tetapi mereka lebih takut dengan dosa-dosa batin. Di celah-celah ibadah dan kebaikan ada dosa, ada tidak beradab dengan Tuhan.Sebab itu ada Hadis yang menyebutkan bahawa seorang hamba menjadi wali Allah bukan kerana faktor solat dia yang banyak, baca Quran yang banyak, tetapi kerana hatinya sangat halus dengan Tuhan. Orang yang beribadah kerana fadhilat, inginkan Syurga atau kerana takutkan Neraka, selalu tertipu. Hati dia rasa senang dan selamat dengan ibadahnya. Tidak risau, bimbang dan cemas apakah ibadahnya diterima Tuhan atau tidak. Ibadah orang-orang yang mengejar fadhilat ini tidak akan memberi kesan dalam kehidupannya sehari-hari. Tidak ada bezanya antara yang orang yang beribadah dengan yang tidak.Soal rasa dan hati ini sangat sulit dan halus. Para Sahabat secara umum memiliki hati yang tajam. Sayidina Umar bin Khattab r.a. memiliki rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang tinggi sehingga begitu bimbang dengan keselamatan dirinya. Kalau dia berjumpa dengan Abu Huzaifah r.a. yang Allah anugerahkan pandangan batinyang tajam, dia akan bertanya, “Wahai Abu Huzaifah, apakah aku ini orang munafik?”Pada kesempatan lain ia berkata pada dirinya, “Kalaulah ada penghuni Neraka yang Allah ampunkan dan beri rahmat-Nya kemudian Allah masukkan ke dalam Syurga, aku harap akulah orang terakhir yang Allah keluarkan dari Neraka itu.” Itulah kebimbangan dan kecemasan orang bertaqwa. Mereka tenang dengan dunia, kemiskinan, kesusahan dan lain-lain tetapi sangat sensitif dan cemas dengan dosa-dosa kepada Tuhan. Hati mereka harap dan takut pada Tuhan.Apa yang dimaksud dengan harap dan takut? Tanda berharap adalah dia berbuat dan tidak putus asa. Dia mengharap rahmat Allah. Tanda takut adalah dia sudah berbuat, tetapi takut dan cemas Tuhan tidak terima amalan dan taubatnya. Jadi harap itu ada asasnya. Berharap di atas perbuatan dan amalannya, dia baik sangka dengan Tuhan. Bila sudah berbuat hatinya bimbang juga, sebab yang kita buat amalan yang lahir. Yang batin kita tidak nampak tapi Tuhan tahu. Mungkin ada kesalahan yang kita tidak sedar. Kita rasa sudah tidak ada masalah.Di situlah perlu ada takut. Jadi takut di sini ada hubung kait dengan kita merendah diri di hadapan Tuhan. Seolah kita mengaku, Walau aku sudah berbuat tetapi tidak sempurna. Engkau Maha Tahu. Sebab itu aku takut, cemas. Aku sudah berbuat yang lahir, tetapi ada yang batin. Aku tidak tahu yang batin ini.Adanya perasaan takut ini menunjukkan ada benda lain dalam hatinya iaitu rendah diri dan tawaduk. Kalau tidak tawaduk, tidak akan lahir rasa takut Tuhan tidak terima. Sebaliknya dia akan rasa yakin seluruh amalannya diterima Tuhan. Dia akan rasa selamat. Rasa ini menafikan rasa kehambaan. Lebih jauh dari itu keyakinan yang terlalu kuat bahawa amalannya diterima Tuhan, selain merupakan dosa batin, ia dapat menggelincirkan tauhid seseorang sebab orang tersebut merasa seolah-olah pandangannya sudah sama dengan pandangan Tuhan.Satu jenis tipuan lagi adalah perasaan tenang dan steady dengan dosa yang dibuat baik dosa lahir mahupun dosa batin. Dia rasa tenang itu kerana dia tahu bahawa Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Mengapa ini disebut satu tipuan?Memang benar dan tepat bahawa Allah Maha Pengasih dan Penyayang, tetapi perasaan tenang, steady dan tidak susah hati dengan dosa itu yang salah. Seolah-olah tidak perlu sungguh-sungguh bertaubat atas dosa sebab Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Kerana Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, dia yakin Allah akan mengampunkannya walau tidak sungguh-sungguh bertaubat.Mengampunkan atau tidak itu hak Allah, tetapi memiliki keyakinan ini yang salah bahkan dapat merosakkan tauhid sebab sudah jelas disebut dalam berbagai ayat Quran dan Hadis bahawa Allah murka dan marah kepada hamba-hamba yang berdosa dan tidak sungguh-sungguh bertaubat atas dosa-dosanya. Perkara yang halus dan seni-seni seperti inilah susah untuk difahami kalau kita tidak ada ilmu tasawuf serta tidak dipimpin dan disuluh oleh seorang guru mursyid.Sekian.
Random Quran Verse
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk sangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari buruk sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. (Al-Hujurat: 12)
49:12 O you who believe, avoid most of suspicion, for surely suspicion in some cases is sin; and spy not nor let some of you backbite others. Does one of you like to eat the flesh of his dead brother? You abhor it! And keep your duty to Allah, surely Allah is Oft-returning (to mercy), Merciful.
Suitcases
this is a totally random entry. it has nothing to do with my life, seriously. i heard this somewhere the net and got the sad tingy feeling from it. so i’d love to share it with u guys.
******************************************************************
Suitcases and Travel Bags – Gabe Bondoc
For goodness’s sake we need a break, she tell me
There’s too much on her plate, and I’m not helping
I was under the impression that things were fine, for the longest time
I’m not the type to ignore your rights if you’re leaving
But oh my god, I cannot believe that you’re leaving
I pray to goodness that you’ll wanna come back
But until then, I guess you’ve gotta pack
Suitcases and travel bags
If you’re ever coming back
Just leave a couple of things for me
Oh, leave me your sweet perfume
Spray it around the room
And I’ll pray that you’ll come home soon
Suitcases and travel bags
I can’t sit and watch you pack
Just leave a couple of things for me
Oh, leave me your sweet perfume
Spray it around the room
And I’ll pray that you’ll come home soon, come home soon
This is the sound of a man that’s still in love with you
A man that can’t understand just why our heart’s in two
But when you speak to me and justify so eloquently
And try to make me see
But you will have to forgive me, I guess I’m old-school
Just wanna talk back and forth and work it out with you
How’s leaving home gonna make you wanna come back
If you can answer, I’ll leave and let you pack
Suitcases and travel bags
If you’re ever coming back
Just leave a couple of things for me
Oh, leave me your sweet perfume
Spray it around the room
And I’ll pray that you’ll come home soon
Suitcases and travel bags
I can’t sit and watch you pack
Just leave a couple of things for me
Oh, leave me your sweet perfume
Spray it around the room
And I’ll pray that you’ll come home soon, come home soon
There’s a lot to be said but baby, if you’re just over it
I won’t waste my breath, waste my breath
Could’ve sworn we were cool but I guess I was fooled
But I guess I was, guess I was
I’m not sure what this means, I’m not sure what separation brings
So if you’re gonna go, do what it do
You can find me in the other room
Milky Toofs Bathing!
My Milky Toof
“wow, that’s a lot of sugar, Lardee…”
These two tooths, or “toof” as he calls it, made my day. Check it out here by Inhae from My Milky Toof, or u can just click on Lardee over up above.
Of Miscellenous Things.
Okay this is one of the days that i feel like just writing what’s on my mind.
Blog
This blog still has an average visitor from the highest 106 to lowest 73 visitors daily. I don’t get it why people keep on flocking here to read, I don’t even update that often, is it so interesting to read other people’s blog? You guys are just wasting time, seriously. There’s so many other useful things online that you can read and study, for example the Wikipedia. It’s loaded with useful information that would equip you as a better human beings. I can read the Wiki for hours.
Queen Hijau
Yesterday I watched “Queens Of Langkasuka” – it’s supposed to be “Queens Of Pattani” but they changed the name due to the conflict down east. It’s kinda interesting seeing the actors using Malay names for their character. And I whipped up Wiki again to search about the Kingdom of Pattani, and now it’s already 11:30 pm from 9 something-ish. I ended up at the whole history of Thailand. Very interesting, Thailand has a Chinese Maharaj (Thaksin, or Rama I) as their first Emperor of Thonburi / Chakri Dynasty.
Exams.
On a lighter note I will be graduating within a few months and I think I’m becoming more and more stupider by the minute (is there such words? stupider? i don’t give a shit) but that’s the irony of it, after exams your mind just go blurry blur and it seems that you are more cleverer before exam. That’s the thing with examinations it practices you to vomit. And this is very dangerous especially for those people who are handling other people lives like me, I should just forced not to practice. But I need the money, I can’t forever be sucking my parents money.
Of Food
This is a chocolate cake that my housemate Noel Meister made. It is so delicious you practically squirt out semen eating it. On top is sliced chocolate bars (thin layer) and inside there’s mixture of pecan, almond and other nuts. (i think)
Songs
I don’t know what’s wrong but I can’t seem to hear to any good songs lately, all are kinda the same. Are they playing with our mind? All ranges from RnB to Rock to Metal. But I like this one particularly lately, she is Zee Avi. She’s Sarawakian, moved to KL at 12 years old, and tool fashion and some London University. Now she’s touring the United States with her voice.
Of Life And Death
Last night mama called me at 3 am in the morning. Thinking it was the usual talk, I tried to put it away. And she told me that my grandpa died.
Oh, no. Not again…
This is the 3rd time somebody dear to me died while I’m here. Why do they have to leave me when i’m still here? Fate aside, I know it’s a huge sin to question the big boss above. But it’s kinda frustrating in a way.
Ironically I don’t feel much sadness this time. Mum told me that my brother who is now in the States cried his eyes out, and i kinda chuckled when i hear she said that. This is his first time losing somebody from afar, and it’s normal for him to cry his tonsils out I guess. Plus he’s quite close to my late Grandpa. My old Grandpa.
Which leads me to think that life is really really short. Actually they died a natural cause – they’re old enough and they’re at their peaks. Which means I’m getting older – something I didn’t realise all these years. After this, works. After that, married, kids, house, cars.
And I will follow them too, that is if I’m not involved in any natural incident.
Hmmm… what a short, short life. I have been thinking on what is it that satisfy me the most when I’m still alive, and the answers are kinda silly. Bungee, jet driving, mountain hiking etc. Crazy ass shit. But the most important part is when you have your own childrens and mould them into something that you want. It’s kinda exciting – pretty much like an experiment. But the responsibilities that comes after. Blergh.
That is further down the road. As for now I’m practically contemplating if it’s a weird thing that I’m not crying my eyes out like my brother.
I am currently on Twitter.
http://www.twitter.com/amirulnazri
after findings that many of my close collegues are there and after findings that there’s a few people adding me up at facebook without even knowing me. So twitter is as good as the real me i guess.
Luahan rasa doktor yang penat
SAYA merupakan salah seorang pegawai perubatan di salah sebuah hospital di ibu negara. Buat pengetahuan umum, malam semalam saya pulang ke rumah pukul 9 malam setelah keluar bertugas mulai pukul 7 pagi pada hari sebelumnya. Saya pulang setelah habis menjalankan tugason-call. Cuba bayangkan bekerja selama 36 jam tanpa henti. Mungkin dapat tidur sejam dua (lebih baik tidak tidur langsung). Pulang ke rumah dengan harapan dapat bermesra dengan anak dan isteri, tetapi ternyata saya terlalu penat.
Biar saya jelaskan bagaimana tugas seorang doktor secara kasarnya. Kami akan memulakan kerja seawal pukul tujuh pagi dengan berada di wad bagi menyiapkan data pesakit di wad bagi tujuan ward round bersama doktor pakar. Secara amnya, ward round akan tamat sekitar pukul 10 hingga 11 pagi. Ini mengambil kira purata 30 orang pesakit di dalam wad.
Selepas itu, kami mesti bergegas ke klinik untuk merawat pesakit luar. Ini menjawab rungutan pembaca yang mempertikaikan mengapa mereka perlu tunggu lama di klinik pesakit luar. Secara purata kami memeriksa dalam 100 – 200 pesakit luar setiap hari. Secara puratanya juga akan terdapat lima hingga tujuh orang doktor di klinik. Jadi seorang doktor akan memeriksa antara 20 hingga 30 orang pesakit.
Harus diingat kami mesti kembali ke wad selepas itu untuk melihat perkembangan pesakit yang lebih tenat di dalam wad. Maka secara kebiasaannya kami akan tamat merawat pesakit dalam pukul 6 hingga 7 petang. Tugas itu disambung oleh doktor on call. Maka andainya saya merupakan doktor on call (yang perlu menjaga seluruh hospital, bukan sekadar wadnya) pada hari tersebut, saya akan menyambung tugas saya dari pukul 7 malam itu hingga 7 malam keesokan harinya di wad dan klinik seperti biasa.
Maka, wahai pesakit hospital kerajaan Malaysia, renungkan dan fikirkanlah. Seandainya anda ternampak kami berbual, makan atau membaca surat khabar, sebenarnya kami hanya ingin ‘mencuri’ sesaat dalam 36 jam itu untuk merasai kehidupan manusia biasa.
DOKTOR HOSPITAL KERAJAAN
Kuala Lumpur
Shit Happens, Move On
It has been a while since i last penned my personal thought here. I had always thought that blogs are meant to be a learning venue, not a venue for you to vent your frustration or crap. Because nobody gives a shit about what you feel, it doesn’t benefit them one bit. But if you share lessons in life, the lessons will benefit both you and your readers.
But I have to write something about interpersonal nature of human beings.
There’s a friend pack – A, B, C, D, E, F, G, H, I , J, K and L. These people are good friends, being brothers or sister.
Then D and K got into a fight.
In my opinion, it doesn’t matter who is right or who is wrong. Both of them can be wrong for all I care. What is important is D and K do not tell anybody inside their circle about
1) what caused their fight
2) who’s right and who’s wrong
3) pick sides
because all of them are friends. By picking side will ruin friendship and cause rift amongst them.
It’s wrong to tell people about your fight, it’s wrong to pick sides, it’s wrong to tell people you are right and the other people is wrong.
When you are in a fight with your friends, keep your mouth shut and stop making people side to you. It makes people uncomfortable and dissatisfied.
I thought taking sides are characteristic of high school childrens, heck even primary school children does that. When two people fight, if both of them are sincere about their friendship, they should treat each other like friends and not like enemies and have hostile attitude.
What should the other friends do? Try to patch them up for God sakes and not take side! If you guys are too wussies to patch them up, sit quietly and say nothing. Do not take side, it will only worsen the situation.
I hope all of us grow up into mature adults and not behaving like small high school childrens when we fight. Geez.
Health News For The Day
Pemeriksaan awal elak CKD
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
Penyakit buah pinggang kronik (CKD) merupakan isu kesihatan awam global yang utama, di mana 500 juta individu iaitu 10 peratus daripada penduduk dewasa di seluruh dunia mengalami masalah tersebut. Secara global, kos rawatan untuk kegagalan buah pinggang iaitu penyakit buah pinggang peringkat terakhir, semakin meningkat. Sehingga kini seramai 1.5 juta pesakit berpeluang untuk hidup sama ada melalui dialisis atau pemindahan buah pinggang. Jumlah itu dijangka akan meningkat berlipat ganda dalam masa 10 tahun akan datang terutama di negara-negara membangun. Peningkatan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti peningkatan jumlah pesakit kencing manis, darah tinggi, obesiti dan bertambahnya jumlah penduduk warga tua. Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Serdang, Dr. Goh Bak Leong berkata, manusia mempunyai dua buah pinggang yang terletak di belakang abdomen bersebelahan antara saraf tunjang dan di bahagian bawah rusuk. Saiz kedua-dua buah pinggang adalah sebesar genggaman orang dewasa. Lebih kurang lima liter darah mengalir di dalam badan seseorang. Buah pinggang berfungsi menapis dan membersihkan jumlah darah tersebut sebanyak 40 kali sehari. Ini bermakna sebanyak 200 liter sehari atau jika dibuat perbandingan bersamaan 200 botol atau 20 baldi. ”Ia juga berperanan untuk mengimbangi bahan-bahan kimia seperti sodium, fosforus dan potasium di dalam badan kita, selain menghasilkan hormon yang memberi rangsangan ke atas sum-sum tulang untuk membentuk sel darah merah, mengimbangi tekanan darah dan mengekalkan kesihatan tulang yang baik. ”Jika sekiranya buah pinggang kita mulai hilang kebolehan untuk berfungsi secara berterusan, maka perlu dirujuk sebagai penyakit buah pinggang kronik (CKD). Ia merupakan sejenis penyakit yang menyerang secara senyap dan ramai yang menjadi mangsa tanpa disedari. ”Sekiranya penyakit CKD melarat, ia akan membawa kepada kegagalan buah pinggang. Untuk meneruskan hidup, seseorang yang mengalami kegagalan buah pinggang perlu menerima pemindahan buah pinggang ataupun hemodialisis yang mana mesin mengambil peranan buah pinggang bagi membersihkan darah selama tiga kali seminggu,” katanya ketika berucap di Pelancaran Hari Buah Pinggang Sedunia di Putrajaya, baru-baru ini. Menurut Bak Leong, dialisis dan pemindahan organ buah pinggang merupakan rawatan yang paling berkesan pada masa ini, namun teknologinya tidak dimiliki oleh semua negara. Pada masa-masa akan datang, negara-negara maju juga tidak lagi mampu menampung teknologi seperti ini memandangkan kos yang meningkat. ”Justeru itu, adalah lebih dinasihatkan orang ramai untuk membuat saringan kesihatan untuk pengesanan. Ini kerana, penyakit buah pinggang kronik mudah dan boleh dikesan pada peringkat awal. Pengesanannya mudah dan murah iaitu ujian air kencing, darah dan tekanan darah yang boleh menunjukkan tanda-tanda awal masalah buah pinggang,” ujarnya. Sehubungan itu, sempena Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Kebangsaan yang dilancarkan pada 12 Mac lalu oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pelbagai acara diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang peranan utama buah pinggang dan menyebarkan maklumat mengenai bahaya penyakit CKD yang boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal. Bertempat di hadapan Hospital Serdang, sebuah bas yang bertindak sebagai Unit Pemeriksaan Bergerak NKF Life Check disediakan bagi membolehkan orang ramai membuat pengesanan awal dan seterusnya mencegah penyakit buah pinggang. Pengurus Pendidikan Awam, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, Sharleen Lee berkata, lebih daripada 24,000 rakyat Malaysia telah melakukan pemeriksaan semenjak perkhidmatan ini dilancarkan pada bulan Januari tahun lalu. Melalui kempen Bringing Kidney Care to Your Doorstep yang diadakan sempena Hari Buah Pinggang Sedunia 2009, ia berjaya menjalankan pemeriksaan dan saringan kesihatan yang bermula 6 Mac kepada masyarakat di Kangar, Perlis; Alor Star, Kedah; Bukit Mertajam, Pulau Pinang; Sungai Siput, Perak sehinggalah ke Serdang, Selangor. ”Unit pemeriksaan ini mempunyai tujuh stesen dengan empat orang staf dan dua doktor. Orang ramai yang mendaftar untuk pemeriksaan ini akan menjalani proses pemeriksaan merangkumi tekanan darah, indeks jisim tubuh, pemeriksaan air kencing, glukos dan kolestrol dalam darah dan kaunseling. ”Pada sesi kaunseling yang akan diberi oleh doktor, individu yang mengalami sesuatu yang tidak normal pada kesihatan akan dinasihatkan mendapatkan pandangan kedua dan melakukan pemeriksaan lebih mendalam di klinik atau hospital,” katanya. Tambahnya, selain menyertai kempen ini, unit pemeriksaan ini turut memberi khidmat pemeriksaan kesihatan di pusat membeli belah, kawasan perumahan, syarikat dan kilang-kilang di seluruh negara, hampir setiap hari sekiranya terdapat keperluan dan permintaan. ”Ia adalah usaha yang murni dalam membantu meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan buah pinggang serta penyakit-penyakit berkaitan selain pengesanan dan penilaian awal bagi pencegahan sesuatu penyakit yang boleh dicegah,” jelasnya.
Tanda dan gejala CKD
Ketidakselesaan atau rasa membakar semasa membuang air kecil.
Darah keluar bersama-sama air kencing.
Perubahan kekerapan membuang air kencing.
Sakit belakang.
Membuang air kecil dengan kerap pada waktu tengah malam.
Bengkak pada pergelangan kaki.
Sembap di keliling mata yang berlarutan terutamanya pada sebelah pagi.
Langkah-langkah pencegahan
Mengambil ubat-ubatan bagi mengurangkan protein dalam kencing dan melindungi buah pinggang.
Mengawal tekanan darah.
Mengawal gula dan kolestrol di dalam darah.
Berhenti merokok.
Bersenam.
Mengawal berat badan.
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm
_____________________________________________________________________
Penuaan dan kemerosotan mitokondria
LEBIH 200 penyakit keturunan dikaitkan dengan kerosakan fungsi mitokondria termasuk beberapa penyakit usia seperti Alzheimer, Parkinson, kencing manis, kanser, penyakit jantung dan strok. Fungsi mitokondria memberi kesan kepada hampir setiap proses penting sel.
Penyelidik di Institut Penuaan Kebangsaan Baltimore, Rafael de Cabo menyatakan kesan tersebut menerangkan mengapa kebanyakan permasalahan keseimbangan tenaga seperti kencing manis atau sarkopenia (sejenis penyakit yang kemerosotan otot) sekurang-kurangnya mempunyai kaitan dengan masalah mitokondria.
Mitokondria adalah loji ‘janakuasa’ bagi sel-sel badan. Ia merupakan struktur halus yang dijumpai di dalam setiap sel dan ia bertindak seperti relau yang menjana sebahagian besar tenaga yang digunakan oleh badan. Kebanyakan sel dalam badan manusia mengandungi sekitar 500 hingga 2,000 mitokondria.
Mitokondria agak luar biasa di kalangan struktur-struktur dalam sel kerana ia mempunyai gen (DNA) sendiri (DNA kebiasaannya hanya terdapat di nukleus sel). DNA Mitokondria (mtDNA) juga lebih mudah rosak akibat kesan aktiviti harian.
Daripada oksigen yang diambil oleh sesuatu sel biasa, mitokondria dengan bantuan koenzim Q10 (Co Q10) akan menukar 95 peratus daripadanya untuk membantu menukarkan makanan (lemak dan karbohidrat) menjadi bahan bakar kimia yang dikenali sebagai adenosina trifosfat (ATP). Oleh itu, setiap kali kita bernafas, kita memberikan penggalakan tenaga kepada sel-sel badan.
Namun, setiap kali mitokondria menjanakan tenaga, ia juga mengeluarkan radikal bebas yang amat merosakkan dan mesti dineutralkan sebelum ia menyebabkan sebarang kerosakan. Jika tidak dineutralkan, radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan teruk kepada setiap bahagian mitokondria termasuklah membran dan mtDNA.
Membran mitokondria merupakan kunci bagi pengeluaran tenaga. Jika membran itu rosak, maka pengeluaran tenaga akan berkurangan dan toksin akan terkumpul. Akhirnya, sel akan rosak dan fungsi organ terbabit terganggu jika banyak sel yang rosak. Untuk mencegah kerosakan akibat radikal bebas, sel badan menggunakan satu kombinasi antioksidan yang terdiri daripada Asid Alfa Lipoik (ALA) dan Acetyl L-Carnitine (ALCAR) bagi membantu mengurangkan kerosakan dan menjaga fungsi mitokondria.
ALA dan ALCAR untuk jantung
l Acetyl L-Carnitine (ALCAR) merupakan sebahagian daripada unsur semula jadi yang didapati dalam membran mitokondria, terutama sekali di jantung, otak, dan otot. Oleh itu, untuk mengekalkan kesihatan jantung yang optimum, serta fungsi pemikiran dan daya ingatan, pastikan anda mendapat ALCAR yang mencukupi. Memandangkan paras ALCAR semakin merosot dengan usia, pengambilan suplemen ALCAR adalah amat penting bagi membantu memulihkan fungsi mitokondria.
Satu lagi fungsi ALCAR yang sangat penting ialah keupayaannya untuk membakar asid-asid lemak (lemak) untuk ditukar menjadi tenaga. ALCAR juga terlibat dalam pengangkutan asid lemak yang berantai panjang ke dalam mitokondria untuk ditukarkan menjadi tenaga oleh Co Q10. Fungsi jantung juga akan terjejas sekiranya ia mengalami kekurangan sumber bahan bakar utamanya, iaitu lemak. Jika anda mengambil ALCAR, anda akan memperbaiki pengangkutan, justeru itu lebih banyak asid lemak boleh dibawa masuk ke dalam mitokondria untuk digunakan dengan lebih cekap bagi menyokong fungsi jantung.
l Asid Alfa Lipoik (ALA) adalah sejenis antioksidan yang amat mujarab dan ia membantu meneutralkan radikal bebas yang menjadi produk sampingan ketika proses pengeluaran tenaga. Kajian mendapati ALA akan menurunkan secara mendadak tekanan oksidatif (kerosakan angkara radikal bebas) dalam jantung. Penurunan tekanan oksidatif juga akan mengurangkan kerosakan mitokondria. Oleh itu, pengambilan suplemen ALA dapat membantu melindungi mitokondria daripada kerosakan akibat radikal bebas.
ALA dan ALCAR untuk daya ingatan dan pemikiran
Gabungan antara ALA dan ALCAR membantu memperbaiki prestasi daya ingatan dan pemikiran di kalangan mereka yang berumur. Ini juga melibatkan mitokondria. Terdapat bukti bahawa mitokondria dalam otak adalah amat penting terhadap fungsi daya ingatan dan pemikiran.
Bahagian acetyl daripada ALCAR dikaitkan dengan pembentukan pemancar neuro acetylcholine, iaitu sejenis sebatian yang dipercayai boleh mempengaruhi fungsi mental. Kepincangan metabolisme acetylcholine dalam otak dipercayai ada hubungkaitnya dengan demensia akibat penuaan, seperti penyakit Alzheimer dan Parkinson. Kedua-dua ALA dan ALCAR dapat menembusi lapisan halangan darah-otak dan dengan itu akan memanfaatkan otak.
Walaupun ALA dan ALCAR berlainan tugasnya, kedua-duanya dapat bekerjasama bagi menjaga tekanan oksidatif dan kemerosotan pengeluaran tenaga yang berlaku sejajar dengan peningkatan usia, seterusnya membolehkan jantung dan otak berfungsi dengan lebih baik.
ALA dan ALCAR bersama Co Q10
Koenzim Q10 (Co Q10) telah diketahui kepentingannya dalam pengeluaran tenaga (ATP). Tanpa Co Q10, mitokondria tidak dapat mengeluarkan tenaga dan tanpa tenaga tidak mungkin ada kehidupan. Walaupun ALCAR boleh mengangkut asid-asid lemak ke dalam mitokondria untuk dibakar menjadi tenaga, Co Q10 tetap diperlukan untuk menukarkan asid-asid lemak menjadi tenaga. Oleh itu, kedua-duanya bekerjasama secara bersinergi dalam proses pengeluaran tenaga.
Co Q10 juga sejenis antioksidan yang amat berkuasa yang bagus untuk mitokondria, tepat di lokasi pengeluaran radikal bebas. Ini terbukti amat berfaedah untuk mencegah kerosakan membran-membran mitokondria dan mtDNA, yang mungkin secara langsung akan mengurangkan pengeluaran tenaga. Sehubungan dengan itu, Co Q10 turut melengkapi tindakan ALA, sebagai sejenis antioksidan yang kuat.
Penjagaan Mitokondria
Setiap orang boleh mendapat manfaat daripada mengambil kombinasi tiga bahan berkenaan. Mereka yang dalam lingkungan umur 40-an ataupun yang lebih muda, boleh merasai kesan baiknya dengan ketara. Antara manfaat yang paling biasa dilaporkan ialah peningkatan tenaga sepanjang hari serta kecerdasan mental yang lebih hebat.
Kerosakan mitokondria dan fungsi mitokondria yang lemah dalam pengeluaran tenaga telah pun dikaitkan dengan kejadian beberapa penyakit. Oleh itu, penjagaan mitokondria yang baik merupakan peluang terbaik untuk mengekalkan kesihatan sel-sel, organ dan badan sehingga ke hari tua anda.
Maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan seharusnya tidak digunakan sebagai ganti nasihat kesihatan peribadi. Jika anda sedang mengalami masalah kesihatan, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pengamal pakar kesihatan.
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0322&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm













your rumbles?